Penyergasan Semula Sektor Swasta & Awam Kunci Utama Kejayaan MBE

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perkhidmatan awam yang lebih profesional serta sektor swasta yang dicergaskan memegang kunci utama dalam menetapkan arah tuju transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan melaksanakan secara berkesan sasaran Model Baru Ekonomi (MBE).

Dengan bahagian akhir MEB dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, pelan tindakan untuk transformasi ekonomi Malaysia kini lengkap dan tumpuan kini ialah untuk bertindak.

Pelan tindakan itu menetapkan asas kerja dan menyediakan pemangkin utama untuk Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Dan, ini memerlukan keseluruhan pendekatan baharu pencergasan, mencorak semula dan mengubah perkhidmatan awam, struktur kerajaan dan prosedur pentadbiran untuk memenuhi keperluan negara berpendapatan tinggi.

Pelabur skeptikal kini mungkin mahu melihat tanda-tanda "kapal transformasi ekonomi" beralih untuk menawarkan hasilnya.

Setelah itu, pelabur berharap melihat momentum MBE berterusan dan "ia tidak ada yang boleh menyekat kita," kata Datin Maznah Mahboob, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana Aminvestment Bank Group.

"Anda tidak perlukan 100 peratus sokongan, namun bilangan yang besar diperlukan untuk memulakan proses transformasi, termasuk memiliki pekerja yang mempunyai keupayaan yang tepat, sumber dan ketelusan untuk menanam keyakinan di kalangan pelabur asing," kata Maznah pada perbincangan meja bulat bersama pemimpin industri, tokoh bank, ahli ekonomi, pertubuhan bukan kerajaan serta pegawai dewan perniagaan dan industri, sebelum pelancarkan bahagian akhir MBE.

Perbincangan itu dipengerusikan oleh ahli ekonomi dan akademik Tan Sri Dr Kamal Salih. Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Tan Sri Amirsham A Aziz, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).

Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, berkata orang ramai tidak sabar lagi untuk melihat tindakan dalam pelaksanaan MEB.

"Malaysia kini mempunyai pakej dasar yang tepat, yang menyeluruh dan holistik, namun pelaksanaan dan halangan politik boleh menjejaskan, dan suasana politik terus dibimbangi," katanya.

Elemen penting ialah gaji, yang akan diputuskan oleh sistem berasaskan pasaran manakala kemahiran pekerja perlu ditingkatkan bagi mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, katanya.

Datuk Dr Denison Jayasooria, setiasausaha pasukan petugas khas pelaksanaan jawatankuasa kabinet mengenai Isu masyarakat India, berkata merapatkan jurang strata pendapatan perlu diperkasakan untuk meningkatkan jumlah pendapatan berbanding hanya menunggu bantuan sosial.

Mustapa pula bercakap mengenai pentingnya mendapatkan sokongan orang ramai untuk menyokong MBE, dengan kerajaan persekutuan akan bekerja dengan semua kerajaan negeri untuk memastikan MBE mendapat sokongan rakyat.

Datuk Dr David Chua, setiausaha agung Gabungan dewan Perniagaan dan Industri China Malaysia, berkata sentimen pasaran kembali positif ke arah MBE berbanding semasa ia pertama kali dibentangkan pada Mac tahun lepas, dengan sektor perniagaan masing menunggu hasil nyata kejayaan pelan ekonomi itu, kemungkinan menerusi projek utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh setahun mulai sekarang.

Beliau memuji MPEN yang mahu menangani isu ketidaksaksamaan agihan pendapatan menerusi pelbagai program untuk mewujudkan kekayaan dan akses kepada kekayaan berbanding hanya menerusi agihan.

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Clifford Herbert berkata walaupun beliau menyambut baik MBE, beliau kecewa terhadap penekanan terhadap pembangunan infrastruktur berbanding pembangunan sumber manusia.

Katanya kurangnya galakan dalam memberi penekanan terhadap Bahasa Inggeris di sekolah sedangkan ia adalah bahasa perniagaan antarabangsa.

"Kita mesti mempunyai isu radikal dan kita mesti bertindak bersama-sama, terutama dalam bidang seperti perbelanjaan sumber dalam bidang dan sektor yang paling memerlukan dan yang menjana pulangan tertinggi," katanya.

Dalam mencadangkan supaya kerajaan menyahlabur pegangangnya dalam syarikat berkaitan kerajaan bagi mewujudkan lebih banyak kecairan dalam pasaran, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar berkata Khazanah sudah mula melakukannya, namun yang lebih penting bukan penempatan saham, malah mewujudkan usahawan dalam proses itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan