Palanivel Bakal Jadi Presiden MIC Kelapan Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk G.Palanivel akan mengambil alih kepimpinan MIC daripada Datuk Seri S. Samy Vellu minggu depan, menjadikan beliau presiden kelapan parti berusia 64 tahun itu.

Samy Vellu yang meneraju parti itu selama hampir 31 tahun dijadual menyerahkan baton kuasa MIC kepada Palanivel selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Isnin ini.

"Penyerahan kuasa akan dilakukan sama ada hari Isnin atau pada satu majlis khas pada Selasa," kata sumber dalaman parti kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam akan dilantik ke jawatan No. 2 parti.

Palanivel, 61, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan persediaan untuk mengambil alih kerusi No. 1, kata sumber tersebut.

Samy Vellu dijangka memberi taklimat kepada Palanivel mengenai hal ehwal parti selain menyerahkan semua dokumen penting MIC sama ada pada Isnin atau Selasa, kata sumber dalaman parti itu lagi.

Palanivel yang juga bekas editor di Bernama, akan meneraju kepimpinan MIC pada ketika negara bersedia dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya umum lebih awal iaitu diramal pemerhati politik pada awal tahun depan.

Bekas setiausaha akhbar Samy Vellu ketika menjadi Menteri Kerja Raya dari 1979 hingga Mac 2008 itu akan berdepan dengan tugas menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

MIC hanya berusia tiga tahun ketika Palanivel dilahirkan. Ketika itu parti tersebut dipimpin Budh Singh yang meneraju MIC dari 1947 hingga 1950, selepas menggantikan presiden pertama John A. Thivy yang memimpin parti dari 1946 hingga 1947.

K. Ramanathan merupakan presiden ketiga dan meneraju MIC tidak sampai setahun sebelum diambil alih K.L Devaser. Presiden kelima dan keenam ialah Tun V.T. Sambanthan dan Tan Sri V. Manickavasagam.

Jika empat presiden terawal hanya memimpin MIC bagi tempoh yang singkat iaitu kurang daripada tiga tahun, Sambanthan dan Manickavasagam masing-masing mengepalai parti itu lebih enam tahun atau dua penggal.

Presiden ketujuh iaitu Samy Vellu memegang rekod sebagai presiden paling lama meneraju MIC iaitu selama 31 tahun sejak 1979.

Palanivel yang akan menggantikan Samy Vellu bakal menghadapi pemilihan presiden yang dijadual pada Mac atau April 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan