Malaysia Percepatkan Pelancaran Jalur Lebar

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan di bawah Model Baru Ekonomi (MBE)akan terus memberi tumpuan meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerusi proses mempercepatkan pelancaran jalur lebar.

Menurut Laporan Bahagian Akhir MBE yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) di sini Jumaat, dalam dekad yang lalu, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah telah sampai ke satu peringkat di mana lebih banyak urusniaga dibuat melalui Internet berbanding saluran konvensional.

Kemajuan memperoleh maklumat mudah mengurangkan halangan bagi aktiviti ekonomi dan merangsang pertumbuhan dan produktiviti.

"Jalur lebar bukan lagi satu kemewahan tetapi satu utiliti penting.

"MPEN yakin bahawa mempercepatkan pelaksanaan jalur lebar adalah satu keutamaan negara, bukan sahaja untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan pertumbuhan teguh tetapi juga sabagai satu alat penting untuk lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) termasuk pewujudan pertumbuhan baru dan pendapatan untuk PKS dan kawasan luar bandar," katanya.

Menurut laporan itu, kajian oleh Bank Dunia menyarankan sekiranya sebuah negara boleh meningkatkan penembusan jalur lebar dengan 10 peratus, ia boleh menyokong lebih satu peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Jalur lebar lebih memabantu pertumbuhan berbanding teknologi lama seperti talian tetap kerana kelajuannya lebih tinggi dan jalur lebar yang membolehkan persidangan video, penciptaan kandungan dan cadangan nilai tambah," katanya.

MPEN juga menyarankan dasar pengembangan jalur lebar boleh memanfaatkan tahap infrastruktur yang maju di Malaysia.

Cadangan tersebut ialah:

* Menarik pusat data dan pemprosesan yang besar seperti Google dan Yahoo kepada satu daripada lima bidang tumpuan yang mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan tujuan menjanakan perkhidmatan kandungan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengannya.

* Menggunakan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk mempercepatkan pelaksanaan HSBB dalan Zon 1 sebagai satu perkara utama untuk menjana hasil dan pertumbuhan kepada syarikat telekomunikasi (telco) sedia ada.

* Menumpukan kepada pembangunan kandungan. Makmal Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menyarankan penggunaan e-Kerajaan, e-Pembelajaran dan e-Kesihatan sebagai pemacu untuk penyediaan kandungan, perisian dan kemahiran proses yang boleh diguna atau dikembangkan kepada pasaran yang baru muncul.

*Satu inisiatif bersungguh-sungguh awam-swasta diwujudkan dengan menumpu kepada pembangunan kandungan dalam bidang media dan budaya yang boleh membantu sektor pelancongan dan PKS.

Kerajaan juga menggariskan beberapa cara bagi menggalakkan telco untuk mempercepatkan pelancaran, mengurangkan pembaziran, mengurangkan prosedur birokrasi dan meningkatkan ketelusan dan tadbir urus. Ini termasuk:

* Mengurangkan kadar caruman Dana USP dari enam peratus kepada tiga hingga empat peratus daripada hasil untuk meningkatkan keuntungan dan keupayaan untuk melabur dalam pelancaran yang lebih luas.

* Memastikan projek adalah berimpak tinggi dengan menekankan pelancaran untuk tujuan sekumpulan besar komuniti seperti sekolah, hospital/klinik (strategi 'middle mile').

Kumpulan besar seperti itu meningkatkan keberkesanan nilai dan boleh mengurangkan kos pelancaran 'last mile' dengan memastikan teknologi yang kekal terkini digunakan dalam pelancaran 'middle mile' (lazimnya teknologi berasaskan gentian kaca).

* Membenarkan satu proses 'claw back' berbanding pelabiran yang telah dipersetujui dalam bidang USP. Laporan itu juga menonjolkan beberapa halangan undang-undang dan peraturan yang menyebabkan kelewatan dan kehilangan peluang dalam pelancaran HSBB seperti:

* Kanun Tanah Negara - Hak Lalu-Lalang.

* Undang-Undang Tort - Tuntutan ganti jika utiliti perlu dipindahkan akibat daripada pengubahan jalan dan tuntutan kerosakan semasa proses kerja dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

* Undang-Undang Negeri - Pihak Berkuasa Tempatan perlu melihat jalur lebar sebagai satu bentuk utiliti dan mengurangkan halangan untuk mempercepatkan pengembangannya.

* Akta Jalan, Parit dan Bangunan - dikaji semula untuk mengambil kira penyediaan infrastruktur rangkaian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan