Kerajaan Yang Cekap Dan Fokus Pelanggan - Laporan MBE

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor awam Malaysia akan menjalankan perubahan mendadak serta mempertingkat peranan pentingnya dalam struktur ekonomi negara dengan melaksanakan pendekatan amat berbeza dan baru bagi membina semula struktur kerajaan dan prosedur pentadbiran agar menepati keperluan sebuah negara berpendapatan tinggi. Dalam Bahagian Akhir laporan Model Baru Ekonomi (MBE) dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara pada Jumaat, dinyatakan bahawa pembaharuan ini memerlukan birokrasi kerajaan menerima paradigma baru dalam peranannya.

Oleh itu, keberkesanan dan kerelevanan agensi-agensi pusat dan entiti kerajaan lain mesti dinilai semula secara kritikal untuk tujuan penyelarasan.

"Hubungan di antara, serta fungsi Kerajaan Pusat, Negeri, dan Kerajaan Tempatan mesti dikaji dan disusun semula agar lebih responsif dan fokus kepada hasil.

"Agen perubahan peringkat institusi seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) perlu menerajui proses ini bagi memastikan pembaharuan dilaksanakan dan rintangan dari pihak berkepentingan diatasi," kata laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan, pembaharuan sektor awam mesti juga mengandungi penambahbaikan dalam sistem badan kehakiman.

Rakyat dan keyakinan pelabur berkait rapat dengan tanggapan mereka ke atas kesesuaian dan ketelusan kehakiman dan kepatuhannya kepada "precedence" di peringkat antarabangsa.

"Transformasi institusi sektor awam mesti mengambil kira realiti baru aliran pelaburan global, kewangan, teknologi, dan modal insan. Sektor awam mesti lebih berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan pandangan dunia baru dan sedia untuk menyahut cabaran baru dalam menggalakkan daya saing Malaysia." Dalam pada itu, mewujudkan kerajaan tanpa sempadan adalah kritikal apabila rakyat menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti, mengakses dan menggunakan perkhidmatan kerajaan sedangkan mereka perlu menjadi rakan kongsi utama dalam memandu perubahan di sektor awam.

Laporan itu juga berkata, pembaharuan yang dicadangkan memerlukan sebuah kerajaan yang bersifat keusahawanan yang dapat bersaing dan tidak ketinggalan dengan perubahan radikal yang berlaku di persekitaran global, serantau, dan domestik dengan sektor awam memainkan peranan penting dalam mewujudkan keupayaan bagi perubahan dinamik dan inovasi.

Dikatakan model ekonomi yang diterajui oleh kerajaan pada masa lalu adalah bersifat pendekatan 'interventionist' oleh kerana penubuhan industri-industri strategik, pemusatan pembuatan keputusan, dan pelbagai dasar tindakan afirmatif telah menyebabkan penglibatan luas kerajaan dalam ekonomi. "Walaupun menjana manfaat kepada ekonomi, ini juga mewujudkan ketidakcekapan pasaran dan ketidakselarasan dan dasar yang tidak fleksibel, menambah kos menjalankan perniagaan, dan peluang untuk kegiatan rasuah."

Oleh itu, peranan kerajaan seharusnya dikurangkan dan lebih sebagai pemudahcara.

Pengurangan peranan kerajaan akan melibatkan pengecilan saiz dan pemfokusan semula. Tindakan-tindakan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut akan merangkumi:

* Mengkaji semula program, projek dan pertindihan aktiviti dan duplikasi di antara agensi pusat dan kementerian.

* Memperkenalkan amalan terbaik untuk mengurangkan duplikasi dan beban kawalselia yang berlebihan ke atas perniagaan dan warga korporat.

* Memanfaatkan ICT untuk proses pelesenan perniagaan yang lebih licin, peningkatan kecekapan, dan pengurangan rasuah. Ini akan memudahkan pewujudan kerajaan tanpa sempadan melalui penambahbaikan ke atas platform kerajaan elektronik yang membolehkan permohonan melalui talian, pemprosesan dan pemantauan proses pembuatan keputusan secara masa riil melalui titik akses tunggal.

Selain itu, perkhidmatan awam yang tertumpu kepada warga akan dilaksana di mana model penglibatan rakyat yang baru akan membolehkan rakyat, perniagaan dan kumpulan komuniti, termasuk pemastautin dari negara asing menjadi peserta aktif dan penyumbang kepada penggubalan, pelaksananaan dan penilaian semula dasar.

Pewujudan kerajaan tanpa sempadan dan berhubungkait dapat dibantu oleh platform kerajaan elektronik.

Platform ini seharusnya menerajui agenda untuk mewujudkan Kerajaan Tanpa Sempadan dan menggalakkan perkongsian idea antara rakyat dan kerajaan.

Untuk membantu mencapai matlamat tersebut, beberapa tindakan spesifik diambil termasuk pewujudan Majlis Perundingan Rakyat di peringkat Kementerian dan Kerajaan Tempatan bagi membolehkan penyertaan rakyat dalam reka bentuk, pelaksanaan, dan kajian semula dasar.

Di samping itu, mewujudkan protokol perkongsian maklumat untuk memastikan rakyat mempunyai akses kepada maklumat bagi membolehkan penyertaan berkesan dalam penggubalan dasar.

Dalam pada itu, pembangunan sumber-sumber baru adalah berdasarkan kekuatan tradisional Malaysia dalam industri seperti minyak sawit, pendidikan, pelancongan, makanan halal, perbankan Islam.

Menarik pelaburan kepada sumber-sumber baru ini memerlukan pendekatan yang lebih tertumpu, berdasarkan inter-agensi.

Langkah-langkah lain termasuk menentukan Lembagai Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang disusun semula membina keupayaan untuk menawarkan sokongan peringkat-ke-peringkat kepada pelabur dalam industri pertumbuhan baru dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Perbadanan Produktiviti Malaysaia (MPC) yang disusun semula akan diperkukuh bagi menerajui peningkatan daya saing dan produktiviti dalam sektor swasta.

Laporan itu turut menggariskan usaha untuk mempertingkat pembaharuan pentadbiran kehakiman yang termasuk langkah seperti mewujudkan pusat sumber pengumpulan risikan hal-hal perundangan sehenti, yang dihubungkan secara on-line dengan perpustakaan dan pangkalan data terbaik di dunia untuk menjadi repositori maklumat dan data perdana.

Mahkamah dan tribunal khas baru akan juga ditubuhkan, seperti mahkamah untuk mendengar isu-isu alam sekitar, fiskal dan maritim.

Keupayaan prestasi dan pemantauan proses pentadbiran dalam bidang kehakiman akan juga dipertingkat demi memperkukuh lagi kecekapannya.

Penggunaan aplikasi teknologi dalam pendengaran mahkamah dan kegiatan sokongan seperti Sistem Pengurusan Qiu (QMS) dan Transkripsi Merekod Kes (CRT) harus dilaksanakan di seluruh negara.

Langkah-langkah lain termasuk menaik taraf pengurusan sumber manusia pentadbiran dengan pendidikan berterusan dan pendedahan akademi disediakan bagi memupuk budaya peningkatan profesional di kalangan profesional dan petugas lain. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan