KDN Kaji Pinda Undang-Undang Buang Daerah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini meneliti undang-undang pencegahan bagi meminda beberapa peraturan berkaitan pelaksanaan hukuman perintah sekatan atau buang daerah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan pelaksanaan hukuman tersebut relevan dengan keadaan semasa selaras dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi.

"Adalah tidak dinafikan landskap dunia tanpa sempadan pada masa kini memudahkan individu yang dikenakan sekatan menghubungi rakan-rakan sejenayah melalui alat komunikasi...kita perlu melihat pendekatan baru dan kaedah menstrukturkan (hukuman) itu dengan pindaan yang lebih teliti," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, perintah buang daerah itu kini hanya boleh dikeluarkan kementeriannya menerusi beberapa peraturan.

"Antaranya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959," katanya. Beliau berkata, jumlah mereka yang dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad 1933 adalah seramai 130 orang termasuk 23 di Negeri Sembilan, 17 di Terengganu, 11 (Pahang) dan 16 orang (Johor).

Beliau berkata, tindakan buang daerah bukan satu hukuman tetapi kaedah pencegahan dan pemulihan terhadap individu terbabit, kerana pelbagai program khusus seperti bantuan kebajikan dan motivasi diberikan kepada yang terlibat.

Hishammuddin berkata, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai masalah melaksanakan hukuman itu kerana pesalah terbabit mematuhi sekatan termasuk melaporkan diri di balai polis.

Katanya, keberkesanan program pemulihan itu akan dijadikan penilaian terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi kementeriannya pada tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan