Institusi Sokongan Bumiputera Perlu Main Peranan Kenal Pasti Peluang Untuk PKS

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi sokongan Bumiputera perlu mengenal pasti peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera memain peranan penting dalam pembangunan 12 sektor dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Menurut laporan Model Baru Ekonomi (MBE) - bahagian akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) pada Jumaat, pembangunan kapasiti dan kebolehan PKS harus diarahkan terhadap usaha memenuhi potensi mereka dalam 12 NKEA ini.

Laporan akhir MEE dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut MPEN keberkesanan institusi sokongan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan lain-lain, perlu diperbaiki melalui rasionalisasi dan penyelarasan untuk mengurangkan duplikasi dan mencapai akauntabiliti yang besar.

Program pembangunan kapasiti dan kebolehan untuk tujuan kebolehmampanan, hendaklah terus diperuntukkan kepada PKS Bumiputera dan bukan Bumiputera berdasarkan prinsip-prinsip mesra pasaran yang sama.

Menurut MPEN strategi untuk melahirkan Bumiputera PKS yang berdaya saing, perlu jelas dari peringkat permulaan.

Untuk tujuan ini, MEB mencadangkan peruntukan perolehan oleh pihak Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (BCIC) perlu diteruskan, namun disasarkan kepada PKS Bumiputera sahaja.

Menurut MPEN, PKS Bumiputera perlu menjadi usahawan yang berdaya saing tinggi memandangkan peruntukan tersebut akan dikurangkan secara berperingkat apabila perolehan perbelanjaan kerajaan menurun selaras dengan keadaan fiskal kerajaan.

MPEN mengambil maklum mengenai Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang mengekalkan 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera sebagai sasaran pada peringkat makro.

Sebahagian daripada tugas bagi mencapai sasaran pemilikan ini akan diberikan kepada badan tujuan khas seperti Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), PNB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Urusan Tabung Haji, PUNB dan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

Menurut MPEN pendekatan baharu ini memupuk perbincangan mengenai peningkatan pemilikan harta yang melewati ekuiti korporat, termasuk aset-aset yang lain terutama aset nyata dan hartanah serta sumber kewangan terkumpul dan pelaburan oleh institusi.

Kerajaan memberi keutamaan kepada peningkatan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan dan profesion yang berpendapatan tinggi,, kata MPEN. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan