Anwar Diselar Beri Maklumat Salah Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar di Dewan Rakyat hari ini kerana memberi fakta tidak tepat mengenai peratusan kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang didakwanya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain.

Terkilan dengan kenyataan Anwar itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, berdasarkan data terkini, sejumlah 91.5 peratus pelajar sekolah rendah di negara ini masuk ke sekolah menengah tahun lepas sedangkan angka yang dinyatakan oleh Anwar adalah 69.1 peratus.

"Saya terkilan apabila Malaysia dikatakan jauh lebih rendah dari Filipina, Sri Lanka dan sebagainya. Itu tidak betul," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.

Anwar (PKR-Permatang Pauh), semasa perbahasan rang undang-undang itu telah memetik Laporan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2010, dengan menyatakan hanya 69.1 peratus pelajar di Malaysia berjaya mendaftar masuk ke sekolah menengah, lebih rendah berbanding di Indonesia (75.8 pertus), Filipina (81.4 peratus), Brunei (96.7 peratus), China (74 peratus), Turki (82.1 peratus), Arab Saudi (94.6 peratus) dan Sri Lanka (87 peratus).

Menjelas lanjut, Wee berkata jumlah 91.5 peratus itu belum lagi mengambil kira faktor pelajar yang meneruskan pelajaran ke sekolah-sekolah Cina persendirian yang berjumlah 11,808 orang pada tahun lepas.

"Ia juga belum mengambil kira kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara di bawah kementerian lain yang berjumlah 5,545 orang dan sebahagian lagi pelajar yang masuk ke sekolah antarabangsa ataupun sekolah swasta selain yang mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran di luar negara termasuk Singapura.

"Ini satu hakikat...jadi saya menafikan kenyataan Ketua Pembangkang itu kerana fakta yang diberikan itu tidak tepat," katanya.

Menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai elaun pertukaran wilayah, Wee berkata, elaun berkenaan hanya diberi kepada kakitangan awam yang ditukarkan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya.

"Mengenai elaun perpindahan dan caj kargo pula, kerana masalah kewangan yang terhad, jadi bayaran hanya akan diberikan kepada mereka yang ditukar manakala mereka yang bertukar secara sukarela, elaun itu tidak akan dibayar," katanya.

Persidangan dewan disambung Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan