42,000 Pelatih PLKN Mulakan Latihan Mulai 2 Januari

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 42,000 daripada 140,000 bakal pelatih yang terpilih akan memulakan Latihan Khidmat Negara di 79 kem seluruh negara bermula 2 Jan hingga 13 Mac ini, kata Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Beliau berkata notis panggilan kepada semua pelatih yang terpilih akan diposkan kepada mereka pada Jumaat.

"Sementara menunggu notis sampai ke rumah, mereka boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman web bermula hari ini untuk mengetahui apakah yang perlu dibawa oleh mereka (pelatih) ketika latihan," katanya kepada pemberita semasa sesi taklimat PLKN, di sini Jumaat. Katanya, bakal pelatih boleh membuat semakan menerusi SMS dengan menaip PLKN jarak SEMAK jarak Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Pelatih juga boleh membuat semakan untuk penempatan kem dengan menaip PLKN jarak KEM jarak Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888, katanya.

Hadi berkata baki daripada kumpulan pertama akan menjalani latihan khidmat negara masing-masing pada 1 Mei-16 Julai dan 10 September-2 Disember.

"Setakat ini, 1,500 permohonan sukarela telah diterima jabatan dan angka ini terbesar dan kita akan melihat kesesuaian seperti tempat kosong. Pertimbangan hanya akan dibuat selepas dua minggu pelatih wajib memasuki kem," katanya.

Seramai 2,344 jurulatih yang telah menjalani 33 siri latihan sepanjang tahun ini akan terlibat pada latihan khidmat negara, katanya.

Hadi berkata bagi program Komuniti Bestari yang diletakkan di bawah modul khidmat komuniti, sejumlah 500-600 anggota masyarakat serta bekas pelatih akan menyertai program berkenaan yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan.

Selain itu katanya, 10 pakar kaunseling akan ditempatkan di 10 kem seluruh negara yang diketuai oleh pengarah zon untuk melihat masalah yang mungkin dihadapi oleh pelatih melibatkan kerjasama daripada Persatuan Kaunseling Malaysia(PERKAMA).

Katanya, bagi bakal pelatih yang berhasrat memohon penangguhan boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang yang boleh didapati di laman web Khidmat Negara, www.khidmatnegara.gov.my.

"Melalui laman web juga, pelatih boleh mendapatkan borang semakan kesihatan. Saya berharap pelatih berlaku jujur ketika mengisi borang tersebut," katanya.

Beliau turut mengintakan pelatih yang perlu berkumpul di Stadium Bukit Jalil sebelum ini agar berkumpul di Bangunan ZETRO, Wangsa Maju bermula pengambilan Januari ini.

Katanya, bakal pelatih yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat JLKN di talian 03-40274269,03-40274266,03-40274179 atau 03-40274259.

Katanya kaunter JLKN turut akan dibuka pada Sabtu dan Ahad mulai 11 Disember ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Sementara itu, Hadi menjelaskan cadangan untuk memasukkan modul pendidikan seks dalam latihan Khidmat Negara akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Latihan Khidmat Negara(MLKN) yang dijangka berlaku sebelum akhir bulan ini.

"Kita akan lihat hasil(keputusan) daripada mesyuarat itu nanti," katanya.

Beliau turut menjelaskan kem Titian Bitangor, Rembau yang ditutup selama dua kali pengambilan sebelum ini dibuka semula bermula Januari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan