Najib Berlepas Ke Kemboja Untuk Hadiri ICAPP - Berita Semasa | mStar

Najib Berlepas Ke Kemboja Untuk Hadiri ICAPP

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Kemboja malam Rabu bagi menghadiri Persidangan Parti-parti Politik Asia Antarabangsa (ICAPP) ke-6.

Pesawat khas membawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, kira-kira pukul 10 malam.

Turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dennis Maglin D'Cruz.

ICAPP merupakan forum parti-parti pemerintah, pembangkang dan bebas negara-negara Asia-Oceania.

Ketika di Kemboja, Najib dijadual menyampaikan ucaptama pada persidangan itu yang memasuki siri keenam sejak ia diwujudkan pada 2000.

Beliau juga dijadual merasmikan Kompleks Kedutaan Malaysia berharga RM86 juta di Phnom Penh sebelum berlepas ke tanah air esok. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan