Menteri Arah Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Tandas Awam

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbaiki keadaan tandas awam dengan menguatkuasakan pemeriksaan mengejut bagi memastikan kemudahan itu sentiasa bersih.

Beliau berkata, PBT hendaklah meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya menjaga kebersihan tandas awam selepas mereka menggunakannya.

"Tandas awam perlu sentiasa dalam keadaan bersih. Kita akan meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tandas," katanya kepada pemberita selepas Presiden Tandas Dunia (WTA) Dr Yong Ee Cho mengunjungi beliau di pejabatnya di sini hari ini.

WTA, sebuah pertubuhan bukan membuat keuntungan, menyediakan kemudahan tandas untuk negara-negara miskin selain berkempen untuk memperbaiki keadaan tandas dan perlunya menjaga kebersihan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan