Malaysia Akan Teruskan FTA Demi Kepentingan Nasional - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia hanya akan meneruskan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mempromosikan kepentingan nasional, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa bercakap kepada pemberita ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Rakyat Membantah FTA, supaya menghentikan rundingan FTA Malaysia-EU, dengan alasan FTA itu tidak mencermikan aspirasi Malaysia.

"Saya dimaklumkan bahawa memorandum telah dikemukakan kepada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), hari ini. Masyarakat bebas menyuarakan pandangan, kami menyambut baik pandangan dan menerimanya memandangkan MITI memang berunding dengan pelbagai pemegang kepentingan," katanya.

Mustapa berkata MITI juga berunding dengan pihak yang mengemukakan memorandum itu bila tiba masanya.

"FTA Malaysia-EU masih panjang lagi. Oleh itu, saya memberi jaminan kepada rakyat bahawa pandangan mereka akan diambil kira," katanya.

Mustapa sebelum itu merasmikan Forum Perniagaan China Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan