Kementerian Luar Pantau Perkembangan Rampasan Kapal Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memantau perkembangan kapal Malaysia MV Albedo yang dirampas oleh lanun Somalia di Lautan Hindi pada 29 November lepas.

Dalam kenyataan di sini malam ini, kementerian itu mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia berada dalam lapal itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Kementerian berkenaan kini mengadakan hubungan dengan agensi-agensi Malaysia berkaitan untuk membebaskan kapal dan anak kapal berkenaan.

Kenyataan itu menambah kementerian berkenaan juga menghubungi perwakilan asing di mana rakyatnya ada dalam kapal tersebut untuk tujuan yang sama.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Konsular Kementerian Luar di 03-8887 4047 atau 03-8887 4530. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan