Batik Tiruan Ancam Batik Tulen - Ahmad Said

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perkembangan positif industri batik Terengganu telah menarik pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaitkan produk batik keluaran mereka dengan nama negeri Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata hal ini amat membimbangkan kerana sebarang kekurangan serta kecacatan pada kualiti keluaran mereka, pastinya akan menjejaskan imej batik keluaran negeri itu.

"Ini memberikan kesan yang negatif terhadap batik tulen Terengganu," katanya ketika berucap pada majlis Malam Gala Piala Seri Iman Terengganu Darul Iman 2010, di sini malam tadi.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Ahmad berkata justeru dalam memastikan reka corak yang unik dan luar dari kebiasaan serta produk yang tulen daripada negeri Terengganu dilindungi, kerajaan negeri telah melancarkan cop logo khas batik tulen Terengganu.

Beliau berkata hal ini turut bertujuan mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pembeli membuat pilihan batik tulen selain memelihara warisan negeri Terengganu.

Ahmad berharap warisan batik Terengganu yang terkenal dengan kehalusan seni, mutu dan kualitinya dapat dinikmati oleh generasi mendatang.

"Batik juga diharap menjadi satu seni yang dihargai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga diperingkat antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Mohamad Hafizi Mohd Radzi Woo, dari UiTM Shah Alam menjuarai Piala Seri Iman 2010 yang bertema "Khazanah Kenyir".

Beliau yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 disamping piala dan sijil telah mempersembahkan ciptaan bertajuk "Underline".

Tempat kedua dimenangi oleh IIi Aaina Yahya dari Kuala Terengganu dengan tema "Semarak Tari Sang Gigas" menerima hadiah RM15,000 dan ketiga Nur Amirah Mohamad Yusof (Kedah) dengan tema "Megah Si Kuang" menerima hadiah RM10,000.

Seramai 10 finalis telah dipilih ke pertandingan akhir Piala Seri Iman 2010 dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan