Asia Perlu Jauhi Sebarang Unsur Ekstremisme – Najib

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Asia yang berkembang sebagai sebuah zon ekonomi yang merupakan elemen penting, tidak mampu bagi sebarang gangguan atau kemusnahan yang disebabkan oleh ekstremisme atau keganasan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam meneruskan pencarian beliau bagi satu pergerakan global yang sederhana menentang ekstremisme, perdana menteri berkata parti-parti politik Asia mempunyai peranan penting ke arah ini.

"Saya gesa parti politik di seluruh Asia, menyahut seruan Malaysia untuk satu pergerakan global yang sederhana dan menolak politik kebencian dan sebarang bentuk ekstremisme," katanya dalam ucaptama pada Perhimpunan Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) ke-6, di sini, Khamis.

Beliau berkata sebagai anggota keluarga Asia, mereka mempunyai kepentingan dalam memastikan rantau ini kekal bebas dan selamat daripada ideologi yang menyebabkan konflik, kemusnahan, tidak ada perpaduan dan permusuhan.

"Proses globalisasi dan kemunculan China dan India sebagai gergasi ekonomi, telah menukar cara dunia melihat Asia, dan bagaimana Asia melihat dirinya," kata beliau. Mengimbas mesejnya pada Perhimpunan Agung Pertubuahn Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)September lepas, Najib berkata beliau telah menyeru bagi satu pergerakan global yang ada pendekatan kesederhanaan untuk mengambil alih daripadanya.

Beliau telah menyeru untuk kesederhanaan dalam meminggirkan ekstremisme dan pengganas yang telah menjadikan dunia sebagai tawanan dengan ketaksuban dan berat sebelah mereka.

Najib berkata tidak ada yang lain lebih penting daripada di Asia, di mana di sesetengah tempat tahanan, kumpulan ekstremisme terus wujud untuk menyebarkan mesej kebenciannya.

Beliau berkata penyokong ekstremisme akan sentiasa mencuba untuk menggariskan sempadan, memisahkan antara satu sama lain dan membayangkan sesuatu yang merbahaya tetapi tidak wujud.

"Saya telah menyatakan banyak kali bahawa isu sebenar bukanlah antara Muslim dan bukan Muslim, tetapi lebih kepada antara ekstremisme dan kesederhanaan semua kepercayan sama ada agama Islam, Kristian, Yahudi, Hindu atau mana-mana kepercayaan lain," kata beliau.

Najib berkata Asia tidak boleh membenarkan ekstremisme dan pengganas untuk merampas hujah-hujah sosial dan menentukan arah perbualan rakyat mereka masing-masing kerana sebab dan fikiran yang waras mestilah mengatasinya.

Kesederhanaan, katanya mestilah sentiasa dikuasai oleh satu suara, sedangkan kerjasama dan rundingan mesti sentiasa menjadi sesuatu yang diminati mengatasi permusuhan dan konfrantansi.

"Apa sahaja puncanya, parti-parti politik mestilah menjauhkan diri daripada mengambil pendekatan keterlaluan.

"Terdapat cara-cara penyelesaian konflik, dan tidak ada kepentingan politik jangka pendek untuk mengorbankan negara dan perlunya keamanan dan keharmonian rantau," kata beliau.

Perdana menteri berkata akhirnya yang penting adalah kesejahteraan rakyat dan pemeliharaan nilai-nilai, budaya dan cara hiudp mereka.

Malahan, parti-parti politik jangan terjebak dengan pelampau yang berlagak untuk kekal relevan dan popular, kata beliau.

Najib berkata sebaliknya, dalam era maklumat dan teknologi ini, parti politik yang paling popular adalah yang peka sekali dengan perubahan masa dan menyesuaikan diri dengan kemahuan dan keperluan rakyatnya.

Beliau berkata ekstremis bersandarkan pada kebimbangan dan ancaman dan jika kesederhanaan menjelaskan bahawa tidak ada sebab untuk dibimbangi dan ancaman, barulah eksremis menjadi tidak relevan.

Dalam saranan untuk satu pergerakan global yang sederhana, beliau menekankan pentingnya hubungan dan rangkaian dalam memperluaskan idealnya kesederhanaan.

Selain hubungan dua hala dan multi lateral kerajaan, Najib berkata rangkaian yang tidak rasmi seperti forum seperti ini adalah penting dalam menyampaikan mesej yang betul kepada pihak tertentu.

Beliau memberikan sokongan kuat kepada semua parti politik Asia untuk membina dan mengukuhkan hubungan mereka sesama sendiri, bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman, seterusnya menyebarkan mesej bersama untuk harapan rakyat mereka.

"Anda semua di sini adalah pemimpin dalam masyarakat anda, dan kedudukan untuk menyebarkan perkataan bahawa kesederhanaan adalah kuncinya.

"Jika kita mampu menyebarkan mesej ini di negara, rakyat kita dan masyarakat kita dan ia menjadi satu pegangan di mana mereka tinggal, barulah ekstremisme dapat dilumpuhkan dengan sebenarnya," kata beliau.

Najib berkata pergerakan kesederhanaan global yang sebenarnya akan dapat dilakukan sambil menambah ia bukan hanya pada peringkat kepimpinan, tetapi sehingga ke akar umbi.

Lebih 300 pemimpin kanan 317 parti politik Asia meliputi parti pemerintah, pembangkang dan bebas dari 51 negara menghadiri mesyuarat ICAPP itu.

Najib kini dalam rangka lawatan dua hari ke Kemboja sejak semalam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan