Wakil PAS Dituduh Berceramah Dalam Sidang Dewan

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin didakwa "berceramah" semasa membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Anggota Exco Datuk Hamidah Osman meminta Speakar Datuk R. Ganeson mengarahkan Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) itu supaya tidak menyeleweng daripada topik perbahasan.

"Jangan bazirkan masa dewan, jangan merewang dengan berceramah kerana kita bahas mengenai bajet," kata Hamidah. Sesi perbahasan Mohammad Nizar yang berlarutan lebih sejam sebelum itu telah menggamatkan dewan beberapa kali apabila beliau menyentuh pelbagai isu politik terutama kritikan terhadap Umno.

Walaupun "panas" tetapi sesi perbahasan Mohammad Nizar turut melucukan apabila beliau memberi laluan kepada beberapa wakil Barisan Nasional (BN) untuk mencelah tetapi tidak mengendahkan permintaan Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang).

Jeritan "katak" kedengaran dari kerusi pembangkang setiap kali Jamaluddin bangun meminta laluan malah Ganeson juga turut merayu kepada Mohammad Nizar untuk memberikan peluang kepada wakil Behrang itu tetapi tidak diendahkan.

Jamaluddin adalah antara tiga wakil rakyat pakatan pembangkang yang berpaling tadah hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri yang dipimpin Mohammad Nizar sebelum ini.

Mohammad Nizar sementara itu menegaskan bahawa kerjasama antara parti pembangkang terutama antara PAS dan DAP tidak merugikan Melayu dan Islam malah parti itu kini lebih memahami prinsip-prinsip Islam.

Beliau berkata pemimpin DAP tidak anti-Islam dan orang Islam tidak rugi jika parti terbabit mahu berjinak-jinak dengan Islam.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) dalam perbahasannya memberitahu dewan bahawa antara punca pelabur kini "takut" melabur ke Perak adalah disebabkan oleh gelagat pembangkang yang keterlaluan.

"Ada pelabur takut datang ke Perak kerana takut perangai pembangkang...persidangan ini disiarkan secara langsung dalam internet, eloklah semua boleh lihat sendiri perangai pembangkang," katanya.

Sidang dewan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan