USBO, NGO Pertama Umum Hasrat Sertai BN Sebagai Anggota Gabungan

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota gabungan.

Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keanggotaan secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.

"Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai anggota gabungan.

"Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Salleh berkata, USBO turut merakamkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan dasar pintu terbuka BN dan gagasan 1Malaysia.

Salleh, yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah bagaimana pun berkata, USBO terlebih dahulu akan meneliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan muktamad mengenainya.

Kenggotaan USBO terbuka kepada mereka dari keturunan Bajau, Bajo, Badjau, Jama Mapun atau Kagayan, Balangingi, Binadan, Kubang, Sama, Sama Delaut, Simunul, Sibutu, Sikubung, Yakan, Sibaud, Ubian, Suluk dan Iranun.

Objektif utama USBO adalah untuk memelihara dan mempertahankan budaya, adat dan masa depan keturunan Bajau di Sabah dan pernah dikenali dengan nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) ketika ditubuhkan pada Jun 1964. Namanya ditukar kepada USBO pada 31 Ogos 2006. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan