Suspek Pengganas: Polis Jalin Kerjasama Dengan Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan suspek pengganas negara tersebut yang ditangkap di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, suspek berkenaan masih berada di negara ini dan PDRM sedang berurusan dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung perkara tersebut.

Fadli Sadama, 37, yang dikatakan terlibat dalam rompakan membabitkan RM139 juta di CIMB Niaga Bank di Medan, Indonesia ditangkap di Malaysia semasa cuba menyeludup keluar senjata ke negaranya untuk aktiviti keganasan.

Dia dipercayai merancang untuk menggunakan senjata tersebut bagi menyerang penjara Indonesia di mana seorang pengganas, Toni Togar ditahan.

Fadli ditangkap pada 13 Oktober lalu semasa dalam perjalanan ke Johor dengan menaiki bas bersama dua pucuk revolver yang dibeli di Sg Golok, Kelantan.

Ismail juga memberitahu, polis turut menyiasat kemungkinan Fadli merancang untuk melakukan keganasan di negara ini.

“Kita akan megambil tindakan yang sewajarnya dan berterusan,” katanya dan menambah Fadli berseorangan semasa ditangkap.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan upacara penyerahan tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Osman kepada Datuk Zulkifli Abdullah di Ibu Pejabat Polis di sini, Rabu.

Fadli didakwa penyokong setia Toni, yang dihukum penjara selama 20 tahun kerana penglibatannya dalam pengeboman Hotel JW Marriot Jakarta pada 2003 juga pengeboman Malam Perayaan Sambutan Hari Krismas 2000 dan rompakan Bank Lippo di Medan.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri berkata, Toni turut dipercayai sebagai perancang utama dalam rompakan Bank CIMB Niaga di Medan dan beberapa kejadian rompakan di Utara Sumatera.

Seorang lagi lelaki Indonesia yang didakwa terlibat dalam pusat latihan pengganas Aceh diberkas di Shah Alam, dekat sini pada 29 September lalu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Taufik Marzuki, 25, adalah bekas anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang kini lumpuh selepas pemberontakan menentang Jakarta yang berlanjutan selama 29 tahun.

Taufik melarikan diri ke Malaysia untuk menyembunyikan diri selepas polis menemui pusat latihan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan