Rombakan Kabinet Hanya Khabar Angin – Najib

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat adalah satu khabar angin semata-mata.

"Itu semua khabar angin, bila saya kata khabar angin ia boleh jadi betul, ada sesetengah khabar angin boleh jadi tidak betul, terpulang pada tafsiran masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata kenaikan harga minyak petrol RON97 adalah disebabkan oleh harga semasa pasaran dan bukannya ditetapkan oleh kerajaan.

"RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan.

"Kalau ada kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun,” katanya.

Harga petrol RON97 dilaporkan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi.

Bagaimanapun harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan