Orang Ramai Serbu Balai Polis Ambil Kesempatan Atas Minggu Diskaun Saman

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai telah menyerbu Ibu Pejabat Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee di sini, Rabu untuk mengambil kesempatan di atas tawaran diskaun sehingga 50% ke atas saman trafik.

Tempoh tawaran diskaun itu berkuatkuasa untuk tempoh dua minggu dari sekarang.

Akhbar The Star dalam laporan muka depannya pada Rabu menyebut langkah tersebut diambil untuk mengalakkan mereka yang disaman membayar saman dan mengurangkan tunggakan saman sebelum kerajaan mula menyenarai hitamkan mereka yang telah disaman bermula 28 Febuari depan.

Seorang ahli perniagaan, Alvin Cheong, 52 ketika ditemui berkata, dia mengetahui mengenai tawaran diskaun ini setelah membaca mengenainya dalam akhbar The Star.

Harvinth Kumar dan Andrew Asir, kedua-duanya berusia 23 tahun turut tidak ketinggalan mengambil peluang ini dan sanggup beratur panjang untuk membayar saman mereka hari ini.

“Oleh kerana sudah hujung tahun, tawaran diskaun ini patut dinaikkan sehingga 70%," kata Asir dalam nada bergurau.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang yang kelihatan merungut bukan sahaja kerana mereka terpaksa beratur panjang tetapi juga adalah kerana kaunter bayaran yang dibukan terlalu sedikit berbanding dengan jumlah mereka yang datang untuk membayar saman.

Ada sesetengahnya terpaksa 'mengorbankan' makan tengah hari mereka semata-mata untuk terus beratur panjang bagi menyelesaikan bayaran saman mereka.

“Saya datang dari Kepong tetapi saya tidak boleh tunggu dan beratur panjang macam ini untuk jelaskan saman saya," kata seorang lelaki yang terus keluar dari barisannya untuk pulang tanpa mahu menunggu lebih lama lagi.

Bagaimanapun ada juga di antara mereka yang datang untuk membayar saman tidak sedar yang mereka akan menikmati diskaun sehingga 50% hari ini.

“Saya sebenarnya tidak tahu. Saya datang hanya kerana hendak bayar saman saya bukan kerana saya tahu ada diskaun hari ini," Nushratul Zahini Ghazali, 29.

Bagaimanapun mereka yang tidak sempat untuk menjelaskan saman sepanjang tempoh ini masih boleh menikmati diskaun sehingga 30% jika mereka melangsaikan bayaran saman mereka sebelum akhir bulan ini.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan