K'jaan Tiada Hasrat Mansuh Hukuman Mati

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati terhadap kesalahan membunuh dan jenayah berat yang disabitkan di mahkamah.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata soal pemansuhan itu perlu diberi penelitian yang rapi kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada sistem perundangan negara selain pindaan sewajarnya perlu dibuat kepada undang-undang jenayah tertentu.

"Bagaimanapun kerajaan menyambut baik cadangan supaya hukuman mati dimansuhkan, dengan penelitian rapi dibuat dalam pelbagai aspek dan setelah mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Radzhi Sheikh Ahmad (BN-Kangar) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga tidak bercadang untuk menukar cara hukuman mati dijalankan berikutan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan kini diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 281 sejak zaman British lagi.

Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan akan menimbang pandangan berkenan kaedah lain yang lebih sesuai dan berperikemanusiaan mengikut peredaran zaman, dan perubahan teknologi yang kini boleh menawarkan kaedah lain seperti 'suntikan maut' sebagaimana dicadangkan Mohd Radzhi. Menjawab soalan tambahan dari Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai kewibawaan hakim-hakim dalam menjatuhkan hukuman ke atas kes yang dibicarakan di mahkamah pula Liew berkata, hakim melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan hukuman berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Berhubung bilangan kes pembunuhan yang dibicarakan di mahkamah dan disabit kesalahan sejak tahun 2000 sehingga tahun ini, Liew berkata 1,601 kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh itu.

"Setelah melalui proses rayuan di Mahkamah Rayuan, 47 kes disabitkan di bawah Seksyen 302 Akta 574 yang direkodkan sabitan di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Menurutnya, hanya sembilan hukuman gantung dijalankan bagi kes yang disabitkan di bawah Seksyen 302 Akta 574 dan selebihnya belum dilaksanakan kerana masih menunggu keputusan Petisyen Jemaah Pengampunan Negeri.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan