Gempa Bumi Sederhana Di Sumatera Utara Pagi Rabu

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara Indonesia pada pukul 8.50 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 km dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia dan 241 km dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak.

Menurut kenyataan itu gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan berkaitan gegaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan