Pengawas Peperiksaan Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman Digantung Tugas

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengantung tugas seorang pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia memaklumkan kepada beliau bahawa pengawas peperiksaan itu telah digantung tugas sehingga sebuah jawatankuasa khas selesai menjalankan siasatan.

"Jawatakuasa khas ini masih menjalankan siasatan. Guru terbabit juga tidak akan menerima sebarang elaun sepanjang tempoh penggantungannya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas usul yang dibawa anggota Parlimen Bakri, Er Teck Hwa semalam mengenai tindakan pengawas peperiksaan itu mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kerana calon peperiksaan SPM lewat masuk ke dewan peperiksaan pada 24 November lepas.

Usul itu bagaimanapun ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menerusi satu notis yang diedarkan di Parlimen hari ini kerana Kementerian Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

Ditanya mengenai tindakan lain yang boleh dikenakan terhadap guru berkenaan, Wee berkata, kementerian akan membuat pengumuman selepas selesai siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan