PDRM Perlu Sedia Mekanisme Khusus Tangani Isu Berprofil Tinggi: Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyediakan satu mekanisme khusus untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai sesuatu isu terutama yang membabitkan kes berprofil tinggi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, mekanisme itu perlu dilaksanakan supaya PDRM sentiasa dilihat telus, terbuka dan adil ketika menyiasat kes yang menjadi perhatian umum serta mendatangkan persoalan kepada orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta China ke Malaysia Chai Xi hari ini, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada PDRM untuk mencari mekanisme bersesuaian.

"Kementerian akan bimbing dengan fahaman negara-negara jiran kerana ia turut berlaku di China atau negara jiran lain, bagaimana mereka menyampaikan maklumat terkini, tetapi tidak menjejaskan siasatan atau tidak menganiaya orang tidak berdosa.

"Tetapi pada masa sama, kalau salah dalam menjalankan tugas, mereka yang salah itu tetap diadili," katanya.

Beliau mengulas beberapa insiden berhubung tindakan polis menembak mati penjenayah di negara ini, termasuk kes Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11, Shah Alam pada April lepas.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata jumlah kes seperti itu tidak banyak di negara ini, namun sering disensasikan oleh pihak tertentu.

"Tetapi dalam keadaan hari ini, kita kena faham di mana maklumat secara meluas dapat sampai kepada khalayak ramai, dan maklumat tadi disalah tafsir kalau tidak dijawab dengan cepat.

"Mungkin itu satu situasi yang harus kita tangani. Sebab itu, pusat media diwujudkan di Bukit Aman mengenai cara bagaimana kita menerangkan sesuatu siasatan," katanya.

Mengenai garis panduan yang memberi definisi terperinci berhubung kesalahan hasutan dalam kontek dunia siber, Hishammuddin berkata beliau difahamkan draf mengenainya telah siap.

"Tetapi saya tidak tahu sama ada Nazri (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) atau Rais (Datuk Seri Dr Rais Yatim) nak bawa ke kabinet Jumaat ini, atau umumkan terus kepada khalayak ramai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan