Najib Pengerusikan Mesyuarat MT Umno Malam Ini

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Perdana Menteri tiba di perkarangan Menara Tun Hussein Onn, PWTC pada pukul 8.20 malam, diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno, serta anggota-anggota MT Umno lain.

Mesyuarat MT Umno ini adalah yang pertama selepas Perhimpunan Agung Umno 2010 yang berlangsung bulan lepas.

Mesyuarat malam ini turut menjadi tumpuan banyak pihak apabila Najib dijangka membincangkan beberapa perkara utama melibatkan persediaan Umno menghadapi cabaran masa depan serta keperluan merombak barisan kepimpinan Umno di beberapa buah negeri.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini berkata perubahan itu mungkin akan turut melibatkan kepimpinan Umno di negeri-negeri tertentu antaranya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Selangor.

Pengumuman perubahan itu dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan semasa perhimpunan agung Umno lepas yang meminta Pengerusi Perhubungan Umno negeri khususnya di negeri-negeri yang kini bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), diterajui pemimpin tempatan.

Ketika ini Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, disandang oleh Najib, Wilayah Persekutuan dipegang oleh Muhyiddin, Pulau Pinang (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Terengganu (Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Kedah oleh Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mesyuarat malam ini sepatutnya diadakan Jumaat lepas (26 November) tetapi ditangguh bagi menghormati kematian bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, yang meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bungah, Rabu lepas.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan