Menara Warisan Akan Diteruskan Jika Berdaya Maju - PM

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk membina menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, akan diteruskan hanya jika ia berdaya maju dari segi komersil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Selasa.

Beliau berkata, projek itu juga mesti menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar dalam bidang tertentu dan menyediakan peluang perniagaan.

"Projek itu mesti memenuhi keperluan itu dan jika syarat ini dipenuhi, ia boleh diteruskan.

"Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean ke-7 bertema "Discovering Tomorrow's Asean", di sini.

Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menara tinggi tidak diperlukan di negara ini keana terdapat tanda-tanda lebihan hartanah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada Permodalan Nasional untuk membuat perkiraan kewangan.

Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Kita bercakap mengenai kesinambungan...Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia."

Selain itu, beliau berkata Warisan Merdeka merupakan sebuah projek yang menjangkau masa 10 tahun dan melepasinya dan kawasan di sekitar Stadium Merdeka, lokasi projek itu, merupakan kawasan strategik.

"Ia projek jangka panjang. Ia bukan untuk 2-3 tahun. Jika anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi.

"Baik kita bayangkan KL pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir," kata Najib.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan