Kenyataan Wan Azizah Tidak Bertanggungjawab - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu juga menimbulkan keresahan dan polemik pada kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Hanya kerana pertimbangan politik, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dengan sengaja mempersenda orang Melayu dengan mendakwa parti itu menolak hak dan kedudukan orang Melayu yang selama ini telah diterima oleh semua pihak.

"Sekiranya tiada mana-mana pihak sengaja mengipaskan sentimen perkauman, isu ini tidak akan timbul," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan pembangkang sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan maksud sebenar ketuanan Melayu.

"Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini 'Tuan'. Selama berpuluh tahun Umno membawa perjuangan ketuanan Melayu, tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.

"Semua pihak dapat melihat begitu ramai bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu. Orang bukan Melayu dibiarkan bebas menentukan nasib mereka sendiri tanpa batasan," katanya.

Hishammuddin berkata, kenyataan Dr Wan Azizah itu juga menunjukkan pucuk pimpinan PKR sanggup melakukan apa saja demi meraih sokongan rakyat tanpa mengambil kira impaknya kepada proses pembangunan negara dalam jangka panjang.

"Saya ingin bertanya kepada Wan Azizah dan pimpinan PKR, adakah mereka turut menolak institusi raja-raja Melayu? Apa yang ditimbulkan oleh PKR jelas sekali cuba untuk merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Kita tidak mahu institusi Kesultanan Melayu turut direndah-rendahkan," katanya.

Beliau juga menyifatkan ideologi yang dibawa kepimpinan PKR khususnya menerusi Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamai konsep Malayan Union yang cuba diperkenal penjajah dan ditolak kerana meminggirkan peranan serta sumbangan sultan dan raja-raja Melayu.

"Tindakan beliau (Anwar) ternyata sengaja menidakkan Perlembagaan dan Undang-undang negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan