Kajian Bagi Vaksin Denggi Di Lima Negeri Mulai Disember Ini

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian percubaan mengenai keselamatan, keimunogenan dan akhirnya keberkesanan vaksin denggi di lima negeri mulai Disember ini hingga pertengahan tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, negeri-negeri yang terbabit dalam kajian tersebut ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

"Buat masa ini, tidak ada rawatan spesifik atau vaksin yang terdapat untuk deman denggi dan pengawalan vektor kekal sebagai asas mengawal wabak penyakit it," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, percubaan klinikal untuk serum darah, episod febril akut dan infeksi denggi sudah bermula sejak pertengahan tahun ini membabitkan 300 sukarelawan.

"Sekiranya kajian ini berjaya, kami harap vaksin ini boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia pada beberapa tahun akan datang.

"Jika hasil ujian ini positif, kementerian komited untuk memulakan persediaan bagi mengawal wabak denggi dengan penggunaan vaksin ini pada masa depan," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian dengan kerjasama firma perubatan, Sanofi-Pasteur, yang memenuhi 40 peratus keperluan vaksin dunia, juga menjalankan penyelidikan vaksin denggi dan program pembangunan vaksin bagi pencegahan denggi di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Lagipun, katanya, kementerian mengkaji kebolehlaksanaan melepaskan nyamuk jantan GE bagi membendung penularan wabak denggi itu baru-baru ini.

Katanya, kementeriannya telah merangka peraturan bagi hospital kerajaan dan swasta melaporkan kes denggi dengan tujuan memantau penularan penyakit itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan