Bukan Islam Patut Waspada Petik ayat al-Quran - Pak Lah

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Orang bukan Islam perlu berhati-hati ketika memetik tafsiran ayat al-Quran sebagai rujukan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, mereka juga tidak boleh menggunakan ayat-ayat suci secara sesuka hati.

“Kalau nak petik ayat al-Quran ini kita perlu berhati-hati dan tidak boleh main ikut suka hati kita sahaja.

"Kita juga tak boleh gunakan ayat al-Quran untuk memperoleh sokongan, itu tidak betul kerana ia tidak boleh ditafsirkan mengikut makna sebenar. Kesalahan sebegini tidak boleh diterima,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas melawat Laman Sayur dan Laman Ramuan di di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di sini, Selasa.

Turut hadir isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesilapan tafsiran yang dibuat oleh perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Kesavan ketika berucap pada sesi perbahasan Kongres Nasional parti itu, Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata pemimpin parti itu perlu segera tampil dan memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan itu.

“Itulah kesombongan yang tidak patut ada. Apabila kita buat kesalahan kita perlu meminta maaf sekiranya tidak mahu mintak maaf itu pada saya kelemahan yang besar,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan