11 Undi Selamatkan Peter Chin Daripada Dipotong Gaji RM10

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.

Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 ahli Parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan.

Selain Chin, hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.

Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan ahli Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.

Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.

Terdahulu Dzulkefly dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti diwujudkan di Thailand.

Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian.

Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan