LKIM Mahu Tingkat Pendapatan Nelayan Dalam RMK-10 - Berita Semasa | mStar

LKIM Mahu Tingkat Pendapatan Nelayan Dalam RMK-10

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memberi tumpuan kepada usaha menambah sumber ikan di samping meningkat pendapatan nelayan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Di Kedah misalnya yang mempunyai lebih 6,000 orang nelayan, LKIM akan giat menyelia unjam di sekitar perairannya bagi menambah sumber tangkapan kepada nelayan.

"Bagaimanapun buat masa ini unjam-unjam sudah mencukupi di Kedah dan LKIM akan menimbang pembinaannya jika perlu di bawah RMK-10," kata Pengarah LKIM Negeri, Muhamad Noor Had kepada Bernama.

Beliau berkata, bagi Langkawi sebagai pulau pelancongan, kawasan di sekitar unjam boleh dijadikan kawasan memancing yang menarik untuk para pelancong terutama pelancong asing.

"Dengan membawa pelancong memancing di sekitar kawasan uncam, ia turut boleh menghasilkan pendapatan sampingan kepada para nelayan," katanya.

LKIM telah membina 10 jeti nelayan di Langkawi bernilai RM1.2 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan