Empat Terbunuh Selepas Kereta Dinaiki Langgar Lori Tunda, Dirempuh Bas

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat pemuda terbunuh manakala dua lagi tercedera apabila kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori tunda, sebelum ia dilanggar pula oleh sebuah bas ekspres dan sebuah lagi kereta di Kilometer 110 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Pagoh-Yong Peng, Sabtu.

Yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu ialah pemandu kereta, T. Sajeevan, 22, dan penumpang A.Manimaran, 17, Shamugam, 17 serta P.Sathiya, 17.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Adnan Azizon berkata mayat P.Sathiya hanya ditemui pada pukul 4.20 petang Ahad di sebuah sungai berhampiran dengan tempat kejadian.

Beliau berkata empat daripada penumpang kereta Proton Iswara itu tercampak keluar dalam kejadian tersebut, manakala dua lagi tersepit dalam kereta berkenaan.

Katanya selepas merempuh lori tunda, kereta itu terbabas dan melintangi jalan, sebelum ia dirempuh sebuah bas ekspres, dan kemudiannya dilanggar oleh sebuah lagi kereta.

Adnan berkata dua daripada penumpang kereta itu mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi semasa dalam perjalanan untuk dihantar ke Hospital Muar, dan mayat P.Sathiya pula hanya ditemui petang ini.

Beliau berkata usaha mencari mayat Sathiya dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan Johor Baharu, serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya dua penumpang kereta itu yang cedera parah kini dirawat di Hospital Muar, manakala pemandu, penumpang bas ekspres serta kereta lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya kejadian berlaku semasa kereta itu sedang dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala arah Kuala Lumpur, ketika hujan lebat.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan