Anggota Dewan Rakyat Tolak Usul Potong Gaji Menteri Kerja Raya Sebanyak RM10

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad pada Isnin untuk 'menghukum' Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di atas pelbagai isu yang dihadapi kementerian itu menerusi usul pemotongan gaji sebanyak RM10 menemui kegagalan apabila ia ditolak anggota Dewan Rakyat.

Usul itu yang 'menjentik' beberapa isu seperti kelewatan menyiapkan Hospital Shah Alam dan pemberian tender secara terus, serta kebocoran di bangunan Parlimen minggu lepas, gagal meraih sokongan majoriti anggota persidangan apabila ia dibuka untuk undian suara.

Bukan itu saja, Anggota Parlimen dari parti PAS itu juga ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Ronald Kiandee kerana dilihat terlebih berucap selain terlalu kerap mencelah penggulungan oleh Shaziman walaupun ketika tidak diberi laluan oleh menteri tersebut.

Ketika menjawab isu pengagihan tender, Shaziman berkata tidak sampai lima peratus daripada 6,124 projek kerajaan membabitkan nilai RM116.02 bilion yang dikendalikan kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dilaksana secara rundingan terus.

"Hanya 297 atau tidak sampai lima peratus dilaksanakan secara runding terus dan kebiasaannya projek kerajaan akan ditawarkan secara tender terbuka.

"Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu kelulusan secara runding terus diberikan bagi projek spesifik seperti membabitkan aspek keselamatan dan kepakaran khusus," katanya.

Menjawab mengenai kelewatan projek pembinaan Hospital Shah Alam, Shaziman berkata kerajaan kini dalam proses memilih kontraktor penyelamat untuk menyambung projek tersebut.

Katanya tender terbuka telah dikeluarkan pada 26 Nov dan akan ditutup pada 17 Dis ini.

Shaziman berkata projek hospital itu yang bermula sejak 15 Nov 2007 sepatutnya siap pada bulan ini, namun akibat kegagalan kontraktor dilantik menyiapkan projek tersebut tarikh siap dilanjutkan sehingga Jun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan