YTL Tidak Pernah DiBeri Tugasan Menawarkan Siaran TV Berbayar Guna 700MHZ

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada syarikat YTL Communications Sdn Bhd (YTL) untuk menawarkan siaran televisyen berbayar menggunakan 700Mhz sebagaimana yang dilaporkan beberapa media.

Dalam satu kenyataan, SKMM berkata lesen operasi yang diberikan kepada YTL pada 30 Ogos lepas adalah lesen individu bagi 'content applications service provider' (CASP) untuk membekalkan perkhidmatan langganan perkhidmatan Internet Protocol Television (IPTV) menggunakan 2.3GHz WiMax milik syarikat berkenaan.

"SKMM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada YTL dalam jalur spektrum 700MHz bagi siaran TV berbayar, jadi beberapa laporan dan komen berhubung pemberian spektrum itu adalah tidak tepat," menurutnya kenyataan, Ahad.

Menurutnya beberapa media membuat laporan serta komen sejak beberapa bulan lepas kononnya spektrum 700Mhz akan diberikan kepada YTL bagi melaksanakan perkhidmatan televisyen hibrid yang dirancang hujung tahun depan, dan ia juga boleh digunakan untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebarnya.

"SKMM juga ingin menjelaskan bahawa ia sedang mengkaji satu pelan perniagaan terperinci yang dikemukakan oleh YTL untuk pelaksanaan siaran tv digital berbayar, dan bukan perkhidmatan 4G mobile sebagaimana yang dilaporkan sesetengah media," jelas kenyataan itu.

SKMM berkata di bawah Rancangan Spektrum Nasional Malaysia, jalur spektrum 700MHz hanya khusus kepada perkhidmatan penyiaran, dan bukannya bagi 'Long-Term Evolution' (LTE) atau perkhidmatan 4G mobile.

"Pemilikan semua jalur spektrum masih kekal dengan kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan