Ribuan Rakyat Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chong Eu

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ribuan rakyat dan orang kenamaan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu di Dewan Seri Pinang di sini, Sabtu.

Orang ramai berkunjung sejak 9.00 pagi hingga jam 5 petang.

Antara kenamaan yang hadir pada lewat tengah hari ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata mendiang Dr Lim adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.

"Ketika Pulau Pinang di bawah kepimpinan Dr Lim, beliau telah membawa pembangunan yang luas kepada negeri ini dan telah meninggalkan satu legasi yang sukar ditandingi," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir bersama 30 ahli wanita BN kepada Dr Lim.

Bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu menyifatkan Dr Lim seorang tokoh berkaliber.

"Saya rasa pemimpin seperti mendiang Dr Lim itu susah untuk dapat diganti," katanya.

Tambahnya, mendiang selalu menelefonnya ketika beliau sebagai ketua menteri bagi memastikan negeri Pulau Pinang mendapat projek pembangunan.

Turut memberi penghormatan ialah Menteri Luar Singapura George Yeo.

Yeo yang mewakili kerajaan Singapura menyifatkan Tun seorang 'tokoh besar' tidak saja untuk Pulau Pinang dan Malaysia tetapi juga Asia Tenggara.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang memberikan penghormatan terakhir menyifatkan Dr Lim sebagai seorang tokoh cukup pragmatik dan jujur dalam politik. "Beliau dilihat amat serius, tetapi beliau juga berhati mulia. Tidak saja rakyat Pulau Pinang merasakan kehilangannya, tetapi juga kita semua, secara peribadi saya merasakan kehilangannya," kata beliau.

Dr Lim, 91, meninggal dunia Rabu lepas setelah hampir sebulan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat diserang angin ahmar.

Mendiang meninggalkan isteri, Toh Puan Goh Sing Yeng, dua anak lelaki iaitu Chien Aun, dan Chien Cheng serta dua anak perempuan Lim Pao Lin dan Lim Pao Yen.

Semalam, jenazah Dr Lim dibawa dari rumahnya pada jam 11 pagi ke Dewan Seri Pinang sebelum kerandanya yang dibalut Jalur Gemilang diusung lapan anggota polis dan tentera sebagai tanda penghormatan.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memberi penghormatan terakhir beliau kepada mendiang dan jenazah Dr Lim akan disemadikan pada istiadat pengkebumian negara di Tanah Perkuburan Batu Gantung di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan