Pengeluaran Kereta Hibrid Secara Meluas Diputuskan Selepas Kegunaan Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.

Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.

"Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200 buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan. Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna.

"Kalau terus ke mass production takut ada masalah, jadi biar kerajaan menggunakan dan memperolehi maklum balas daripada mereka. Harap menjelang pertengahan tahun depan atau hujung tahun, kita buat keputusan untuk pasarkan secara besar-besaran," katanya kepada pemberita selepas sambutan fiesta keluarga dan Pertandingan Inovasi Proton 2010 yang turut dihadiri pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Stadium Shah Alam di sini petang Sabtu.

Syed Zainal Abidin berkata kejayaan pemasaran kereta hibrid Proton di negara ini bergantung kepada kerjasama antara syarikat itu dengan pihak kerajaan.

Ini kerana beliau berkata, harga kereta hibrid adalah kira-kira 50 peratus lebih mahal daripada harga kereta biasa dan pemberian insentif oleh kerajaan secara tidak langsung boleh menggalakkan pembelian kereta jenis itu.

"Di negara lain contohnya, bila kerajaan adakan insentif yang berbeza ini akan mencentus pembelian kereta hibrid kerana ia sangat mahal sebab itu kena ada insentif.

"Kalau kita lihat negara maju insentif diberi oleh kerajaan seperti rebat, pengurangan duti eksais duty, pendaftaran zero, parkir khas atau percuma dan bila ada insentif ini sudah tentu pembeli akan beli hibrid. Tanpa insentif jumlahnya tidak akan terlalu tinggi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Inovasi dan Rekacipta Proton 2010 merupakan pertandingan yang bertemakan "Teknologi Hijau" bagi membina kereta inovasi dari sisa atau lebihan yang diperolehi dari kilang yang disertai oleh kakitangan Proton.

Beliau berkata pertandingan yang diilhamkan oleh penasihat Proton yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu disertai oleh 19 pasukan terdiri daripada jurutera, penyelidik, operator dan kakitangan kewangan.

"Ia bertujuan memupuk budaya inovasi dalam syarikat kerana inovasi dan rekaan luar biasa adalah satu perkara penting dalam Proton. Program ini juga menunjukkan bahawa kita tidak perlu mempunyai pendidikan tinggi untuk menjadi seorang pereka inovasi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan