Mendiang Dr Lim Selamat Disemadikan

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Upacara pengebumian Tun Dr Lim Chong Eu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, yang meninggal dunia pada Rabu lepas diadakan di Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung pukul 1.15 petang ini selepas diberi penghormatan negara.

Mayat Dr Lim dibakar di tempat pembakaran mayat di tanah perkuburan itu selepas diarak dari Dewan Seri Pinang pada pukul 11.30 pagi, dengan diiringi pasukan bendera dan gendang serta pasukan pancaragam daripada beberapa buah sekolah.

Selain anggota keluarga dan sahabat mendiang, turut menyertai perarakan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Perarakan penuh penghormatan bermula dari Jalan Lebuh Light, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Kampung Kolam, Lebuh Carnarvon serta Jalan Magazine, Jalan Datuk Keramat, Jalan Ayer Itam, Jalan Scotland berakhir di Jalan Batu Gantung.

Setibanya di tanah perkuburan itu, simbolik penghormatan terakhir terhadap mendiang Dr Lim adalah penyerahan Jalur Gemilang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada anak mendiang, Lim Chien Aun.

Upacara sembahyang diadakan sejurus kemudian.

Dr Lim, 91, meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah setelah hampir sebulan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat diserang angin ahmar.

Mendiang diberi perghormatan negara sejak Jumaat lepas di Dewan Seri Pinang bagi membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir sebelum dibakar.

Antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lim ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet serta pemimpin parti politik.

Turut memberi penghormatan ialah keluarga mendiang, persatuan-persatuan Hokkien Pulau Pinang, Malaysia Buddhist Association dan anggota gabungannya, anggota kerajaan negeri dan wakil persatuan.

Kira-kira 5,000 orang berkumpul di pekarangan Dewan Seri Pinang sejak pukul 9 pagi.

Mendiang meninggalkan isteri, Toh Puan Goh Sing Yeng, dua anak lelaki iaitu Chien Aun, Chien Cheng serta dua anak perempuan Pao Lin dan Pao Yen.

Mendiang menjadi ketua menteri kedua Pulau Pinang selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Beliau pernah menjadi Presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu dan menjadi presiden parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.

Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.

Semasa pentadbirannya, Dr Lim banyak menyumbang kepada pembangunan negeri antaranya membangunkan kawasan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Bayan Lepas yang kini dikenali sebagai Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dan mercu tanda Pulau Pinang, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri dan Jambatan Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan