Kongres Nasional PKR: Mustafa Dedah Dipancing Zaid, Umno

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan (PKR) yang tewas pada pemilihan parti itu baru-baru ini, Mustafa Kamil Ayub mendakwa pernah didatangi ejen bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bagi memujuknya supaya meninggalkan PKR.

Malah beliau turut mendakwa pernah menerima jemputan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kembali menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Betul ada orang Datuk Zaid jemput saya termasuk bekas boss saya, Tan Sri Muhyiddin yang minta saya balik ke sana," katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-7 di sini, Ahad.

Malah bekas Setiausaha Politik kepada Muhyiddin itu berkata, jemputan agar beliau kembali ke BN juga pernah diterimanya pada 2001 sewaktu beliau tewas dalam pemilih parti itu bagi jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Bagaimanapun Mustafa yang turut tewas tipis dengan majoriti 17 undi dalam merebut jawatan Ketua Cabang Pasir Salak menegaskan bahawa beliau akan terus setiaa bersama PKR.

"Tapi saya katakan tidak... saya tetap dengan PKR kerana ini adalah parti masa depan untuk semua kaum," katanya sambil menerima tepukan gemuruh oleh para perwakilan.

Tegasnya walaupun pernah tewas beberapa kali dalam pemilihan parti, beliau akan tetap setia bersama-sama PKR.

Pada pemilihan parti baru-baru ini, Mustafa tewas dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden di tangan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dengan majoriti besar.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan