Kongres Nasional PKR: Lantik Syed Husin Canselor Unisel – Wakil Srikandi

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wakil Srikandi, Farah Afzan Faridi mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor melantik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Kita ada calon yang terbaik untuk jawatan Canselor Unisel. Kita ada Dr Syed Husin Ali dan saya mohon Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangan ini.

"Kita pasti Dr Syed Husin boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Ahad.

Pada 20 November lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengumuman itu dibuat ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor.

Sementara itu, Perwakilan Angkata Muda Keadilan (AMK) Yusmadi Yusoff pula menggesa PKR merangka dasar "3T", iaitu 'talent', 'technology' dan 'true' dalam parti memartabatkan bidang pendidikan.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, 'talent', merujuk kepada ramai masyarakat negara ini yang mempunyai pelbagai kebolehan manakala 'teknologi' pula merujuk kepada satu keadaan ia menguruskan masyarakat untuk bergerak dengan lebih pantas.

"Teknologi AMK melihatnya demokrasi satu teknologi untuk memperkasakan masyarakat manakala 'true' atau kebenaran pula merujuk pada situasi pembelajaran yang mementingkan keadilan dalam semua perkara," katanya yang turut mencadangkan agar diwujudkan satu kolej khusus kepada pelajar miskin. --

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan