Kongres Nasional PKR: Azmin Ulangi Ikrar Terus Pertahankan Anwar

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Azmin Ali pada Ahad mengakui mempunyai hubungan yang rapat dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau mengulangi kesediaannya untuk mempertahankan Anwar daripada 'diserang' daripada musuh-musuh politiknya.

"Saya tidak apologetik, orang nak kata saya rapat, memang saya rapat. Orang nak kata saya sokong, memang saya sokong," katanya semasa menyampaikan ucapan sulung selaku Timbalan Presiden pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ketujuh di sini, Ahad.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu, Azmin berkata beliau tidak akan membiarkan mana-mana pihak termasuk ahli parti itu sendiri sekiranya mereka cuba memburuk-burukkan Anwar.

"Sebab itu jika ada suara-suara (menggesa Anwar) untuk berundur, biar saya di barisan depan untuk lawan musuh-musuh dan dedalu politik dalam PKR," katanya yang sudah berkhidmat selama 26 tahun dengan Anwar sejak masih berada dalam Umno dan kerajaan.

Ahli Parlimen Gombak itu sering dianggap oleh pelbagai pihak sebagai 'anak emas' dan sering menerima layanan istimewa daripada Anwar.

Bagaimanapu beliau berulang kali menafikan tuduhan berkenaan.

Selain itu Azmin berkata, tugas pertamanya selepas ini ialah untuk menggempur Sarawak sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri itu.

Menurutnya beliau dan beberapa pimpinan lain akan turun padang bagi berkongsi kisah kejayaan negeri-negeri yang telahpun dikuasai Pakatan Rakyat dengan rakyat Sarawak.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan