Kongres Nasional PKR: AMK Semakin Lesu, Tidak Bersemangat

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perwakilan Perlis, Tengku Nazri Tengku Din berkata Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini dilihat semakin lesu dan tidak bersemangat dalam memperjuangkan matlamat parti.

“Kita perlu akui, AMK hari ini agak lesu. Sama ada kita suka atau tidak suka mantan AMK, Ezam Mohd Nor pernah memartabatkan AMK pada tahap yang cukup istimewa.

“AMK perlu kembali dan rapatkan saf. Mereka perlu turun dan dengar denyut nadi rakyat. Saya yakin AMK mampu mengembalikan zaman kegemilangan mereka,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini Sabtu.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu segera dilaksanakan kerana ramai penyokong PKR terdiri daripada golongan muda.

“Cukuplah dengan apa yang berlaku pada pemilihan kali ini. Kita tak mahu yang menang, menang semuanya, yang kalah, kalah semuanya.

“Kita hanya mahu meraikan demokrasi. Kita akui apabila kalah pasti ada yang terluka. Hentikan politik dalaman kerana kita ada agenda yang lebih besar untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Perwakilan Melaka, Md Yusoff Abdullah pula mahu Jawatankuasa Disiplin PKR diberi kuasa yang lebih besar agar ia menjadi sebuah badan yang disegani dan dihormati oleh semua pihak.

“Kalau Lembaga Disiplin Umno ada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Kita juga mahu satu Jawatankuasa Disiplin kita disegani.

“Mereka yang duduk dalam badan ini perlu tidak mempunyai kepentingan agar setiap keputusan yang dibuat mempunyai kredibiliti dan diterima oleh semua pihak,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan