Kepimpinan, Perpaduan Menjadi Tumpuan Mesyuarat CWC

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Kekalkan perpaduan dan kestabilan parti" akan menjadi kata-kata terakhir presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu 6 Disember ini.

Samy Vellu yang dijangka menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalannya Datuk G.Palanivel tidak lama lagi, selepas mesyuarat CWC itu berkata beliau akan menekankan perlunya parti itu mengekalkan satu kepimpinan berkesan dan memelihara perpaduan bagi memastikan survival MIC.

"Saya mahu mereka (anggota CWC) mengekalkan satu hubungan kerja yang kuat agar parti itu boleh berfungsi secara berkesan," katanya ketika ditemuramah oleh stesen radio RTM, Minnal FM Tamil di sini Ahad.

Samy Vellu yang sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat CWC kali terakhir pada 6 Disember, juga berkata beliau akan menggesa semua anggota parti memberikan sokongan sepenuhnya kepada Palanivel untuk memimpin parti tersebut.

Bekas Menteri Kerja Raya itu menyifatkan Palanivel, bekas setiausaha akhbarnya sebagai seorang yang dedikasi dan kuat agama.

"Beliau mungkin tidak sekuat seperti saya memimpin parti, tetapi ada kalanya beliau boleh kuat. Saya percaya beliau boleh menjalankan tugas itu (memimpin parti), dan saya mahu semua anggota memberikan sokongan penuh mereka kepada beliau," kata beliau.

Samy Vellu berkata perpaduan hendaklah dikekalkan oleh semua pihak dalam parti untuk memastikan MIC terus mewakili masyarakat India untuk memberikan undi kaum India kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Adalah penting bahawa MIC kekal kuat, gigih dan berkesan untuk terus berjuang bagi hak-hak masyarakat itu. Ini hanya boleh berlaku jika ada kepimpinan yang berkesan dan stabil," kata beliau.

Pemerhati berkata kenyataan Samy Vellu boleh dianggap sebagai memberikan ingatan kepada pemimpin pemimpin agar tidak terbabit dengan perebutan kuasa khasnya menjelang pemilihan MIC pada 2012.

Sungguhpun Samy Vellu enggan menerima jawatan penasihat parti selepas menyerahkan jawatan presiden kepada Palanivel seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pemimpin MIC, tetapi, dipercayai bahawa beliau akan memantau dengan rapat keadaan dalam MIC.

Menurut pembantunya, Samy Vellu akan "masuk" sekiranya ada perebutan kuasa atau sebarang percubaan untuk menggugat kestabilan parti itu yang Samy Vellu bina sejak mengambil alih pucuk pimpinan pada 1979 daripada mendiang Tan Sri V.Manickavasagam.

"Samy Vellu masih lagi dihormati dan disokong oleh ramai pengerusi cawangan dan bahagian MIC, dan pada pemilihan parti 2012, beliau masih boleh menggunakan kuasanya," kata pembantunya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan