Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Masih Terima Borang Selepas Tarikh Tutup

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah masih menerima borang pendaftaran mangsa banjir daripada mereka yang gagal berbuat demikian pada tarih tutup permohonan itu, Ahad.

Pengerusinya Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mungkin ada mangsa banjir yang berhadapan dengan masalah dalam proses mengisi borang dan menyerahkannya kepada jawatankuasa sebelum tarikh tutup permohonan.

Sehubungan itu pihaknya mengambil inisiatif untuk menerima borang pendaftaran bagi membolehkan semua mangsa banjir di negeri ini menerima bantuan yang disalurkan kerajaan persekutuan.

"Sehingga kini kita telah menerima kembali 40,000 borang yang diedarkan kepada mangsa banjir 14 November lalu dan ia mencapai sasaran.

"Ia bagi membolehkan kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan dengan lebih teratur, selain memastikan tidak ada pihak yang tercicir daripada menerimanya," katanya kepada pemberita pada program gotong-royong di Taman Muhibbah di sini.

Lebih 50 penduduk bersama Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) Cawangan Kedah bergotong-royong membersih longkang-longkang yang tersumbat dan persekitaran kawasan perumahan itu berikutan banjir teruk yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.

Ahmad Bashah menasihatkan mangsa banjir yang belum menghantar borang supaya menyerahkan borang itu dengan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan cepat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan