BN Tidak Boleh Selesa Dengan Kehancuran Parti Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak harus mengambil mudah dengan kehancuran parti pembangkang termasuk pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya perlu terus berusaha kuat memastikan kejayaan dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun berlaku krisis dalaman parti itu menampakkan adanya peluang BN untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai parti pilihan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, namun ia tidak boleh diambil ringan.

"Kita jangan berasa kuat di atas kelemahan orang lain, biarlah apa yang nak berlaku pada PKR... biar parti itu hancur, kita jangan berasa kuat kerana PKR hancur. Umno kena kuat kerana kekuatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Promosi Kesihatan Malaysia 2010 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, Sabtu.

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno mengulas mengenai tindakan lebih 1,300 anggota PKR di Cabang Hulu Selangor keluar parti pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu semalam yang berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata Umno seharusnya dilihat sebagai parti yang teguh berikutan kesungguhan dan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggariskan tujuh perkara yang bertemakan 'Mendahulukan Rakyat' sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi Umno semasa ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra Oktober lepas.

Tujuh perkara itu adalah anggota dan pemimpin Umno menjaga maruah dan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri, bertindak bukan dalam kumpulan tetapi dalam satu pasukan, memahami pemikiran dan hati rakyat, menjadi juara media baru, memenangi sokongan empat juta pengundi baru, Umno sifar masalah dan mendahulukan rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan pergolakan dalaman PKR akan menjadi lebih teruk dengan lebih ramai anggotanya dijangka akan keluar parti di beberapa kawasan.

Mengenai simposium yang berlangsung selama dua hari anjuran PPUKM dengan kerjasama Lembaga Kesihatan Promosi Malaysia (LPKM) dan Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan KL, Ahmad berkata badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk mengadakan program promosi kesihatan boleh mendapatkan peruntukan daripada LPKM bagi merancakkan lagi usaha-usaha positif dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

LPKM ditubuhkan pada 2007 dan mendapat peruntukan berjumlah RM25 juta bagi membiayai projek-projek promosi kesihatan yang disalurkan menerusi pelbagai NGO.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan