Anggota DAP Selangor Didakwa Guna Taktik Kotor Menjelang Pemilihan

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah mendakwa terdapat beberapa anggota parti menggunakan taktik kotor menjelang pemilihan parti itu dengan mengatakan hampir semua keputusan yang dibuat jawatankuasa parti negeri dalam masa dua tahun ini adalah salah.

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir anggota parti yang mahu rombakan dibuat di peringkat Jawatankuasa DAP Selangor melibatkan wakil rakyat tertentu.

"Saya mahu tanya mereka (anggota parti), terutamanya mereka yang mendapat jawatan dalam kerajaan, tak kira jawatan tinggi ataupun rendah, tak kira dia Exco atau ahli majlis, tak kira dia Speaker atau ketua kampung, adakah keputusan lantikan parti ini adalah salah?

"Kenyataan ini amat dikesali dan memecah-belahkan parti kita. Ini merupakan satu persaingan yang tidak sihat kepada parti," katanya dalam ucapan pada Konvensyen DAP Selangor ke-16 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini Ahad.

Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Pemilihan DAP Selangor Ahad ini pasti menjadi tumpuan pemerhati politik berikutan kewujudan dua kumpulan yang cuba mengatasi satusatu sama lain untuk menguasai parti itu di negeri berkenaan.

Pada pemilihan itu nanti, lebih 800 anggota perwakilan akan menentukan nasib perebut jawatan yang diketuai anggota Exco Selangor Teresa Kok di satu pihak, dan satu kumpulan lagi yang dipimpin speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim.

Ean Yong berkata mengikut statistik, DAP selangor berjaya mendaftar seramai 7,831 pengundi baru di negeri ini dari Januari hingga Jun lepas.

"DAP Selangor juga berjaya menubuhkan 184 cawangan baru di negeri itu sehingga hari ini berbanding 40 cawangan sebelum pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di Selangor," katanya yang menambah terdapat 18,000 anggota DAP selangor.

Beliau berkata 742 pelajar memohon pinjaman pelajaran di Selangor tahun ini dan 525 daripadanya berjaya mendapat pinjaman berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan