103 Bekas Anggota PAS Sertai Umno

Diterbitkan: Ahad, 28 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seramai 103 bekas anggota Pas termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam Parlimen Pasir Puteh bertindak menyertai Umno Cawangan Kampung Wakaf Bunut, Sabtu.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.

"Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.

Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.

Nordin yang juga bekas Setiausaha Pas cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan