Tak Puas Hati Punca Wujud 'Third Force' - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kewujudan golongan 'kuasa ketiga' dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti itu terhadap kepimpinan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan berkenaan memilih untuk sama ada keluar dari PKR dan menjadi kumpulan 'kuasa ketiga' atau menyertai parti baru Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan akan ditubuhkan Januari ini selain menyertai Umno.

"Ini adalah kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut kerana ahli-ahli hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR," katanya selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kebimbangan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali mengenai kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam Pakatan Rakyat bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Malah Syed Husin menggesa supaya kewujudan kumpulan berkenaan perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan memberi nafas kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Syed Husin ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan pada Jumaat berkata, sebagai contoh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dianggap sebagai 'Third Force' bagi menampung golongan yang enggan memilih Umno namun menghalang mereka daripada menyertai pembangkang.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi BN ketika ditanya sama ada Umno atau BN akan menerima kumpulan itu berkata, pihaknya sentiasa terbuka malah bakal meminda perlembagaan BN untuk membolehkan mana-mana pihak menjadi ahli bersekutu, badan bergabung dan sebagainya.

"Kita lebih bersifat terbuka dan inklusif untuk menarik sesiapa pun yang minat dengan perjuangan BN atau Umno," jelas beliau.

Beliau menjelaskan, langkah BN itu bukan langkah terdesak untuk mencari pelapis sebaliknya parti itu adalah parti yang sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa.

Katanya, pendekatan dan perubahan itu penting kerana BN idak boleh terus berada di takuk lama sedangkan persekitaran telah berubah.

"BN perlu menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang sanggup dan boleh berubah, segar dan dinamik, bukan parti yang kaku yang tidak sanggup melakukan perubahan," ujar beliau.

Bagaimanapun, tambah beliau, BN akan mengambil sikap tunggu dan lihat kerana belum ada perkembangan bahawa kumpulan 'third force' itu akan menyokong parti kerajaan.

"Ia bergantung kepada perkembangan dalam parti itu kerana mereka jelas semakin hilang keyakinan terhadap PKR," tegas beliau.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan