Saya Tak Mampu Semak Kesahihan Surat Pecat Jenapala, Kata Saifuddin

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau tidak mempunyai keupayaan untuk menyemak kesahihan surat pemecatan bekas Timbalan Setiausaha Agung parti itu, P. Jenapala yang didakwa palsu.

Tegas beliau, seperti yang dijelaskannya sebelum ini, surat pemecatan berkenaan ditemui dalam fail jawatankuasa disiplin selepas membuat semakan apabila isu berhubung Jenapala timbul pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Saya tak ada keupayaan untuk mengesan kesahihan surat itu, lepas buat semakan dalam fail, surat pemecatan itu ditemui yang ditandatangai oleh Setiausaha Agung sebelum ini, Datuk Salehuddin Hashim," katanya ketika ditemui mStar Online pada Kongres Nasional PKR ke-7 di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, Johnson Chong yang mendakwa parti itu tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memecat Jenapala.

Beliau berkata 'surat pemecatan' itu sebenarnya adalah palsu dan ia dibuat bagi menutup kesilapan tidak disengajakan oleh seseorang.

Kontroversi surat pemecatan Jenapala ini bermula apabila Salehuddin membuat laporan polis kerana mendakwa tandatangannya telah dipalsukan dalam surat pemecatan Jenapala.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung surat bertarikh 2 Februari 2009, yang kononnya ditulis dan ditandatangani Salehuddin.

Bagaimanapun Saifuddin berkata, beliau menyerahkan kes berkenaan kepada polis untuk membuat siasatan.

"Oleh kerana perkara ini sudah jadi kes polis, saya fikir biar polis jalankan tugas mereka.

"Saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis," katanya.

Bagaimanapun Saifuddin berkata beliau pelik melihat kesungguhan Johnson mempertahankan mengenai isu pemecatan Jenapala.

"Beliau juga sebenarnya menyembunyikan fakta bahawa beliau mengetahui Jenapala menubuhkan parti baru malah ada membuat kenyataan media untuk keluar parti.

"Tapi anehnya Johnson tidak berminat untuk bercakap mengenai soal itu tapi memilih untuk memperkatakan mengenai keabsahan (kesahihan) surat," katanya.

Katanya mengapa Johnson hanya berminat untuk mempertikaikan mengenai surat pemecatan Jenapala sedangkan terdapat puluhan surat pemecatan lain yang ditandatangani Salehuddin.

"Saya juga pelik kenapa beliau beria-ia mempertahankan Jenapala dan mempertikaikan surat itu, sedangkan bukan Jenapala seorang yang dipecat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan