SACC Sasar RM10,000 Dana Tabung Prihatin

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) meletakkan sasaran RM10,000 bagi jumlah kutipan dana khas bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di utara tanah air menerusi Tabung Prihatin SACC yang berjalan selama sebulan sehingga 31 Disember ini.

Pengurus Besarnya, Shuhainie Shamsudin berkata, mulai Khamis lalu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengumpul sebanyak mungkin dana termasuk meningkatkan caj bayaran meletak kenderaan RM5 (berbanding RM3) untuk disalurkan sebanyak RM2 kepada kutipan dana tersebut.

"Pelbagai aktiviti hiburan dan majlis korporat akan diadakan sepanjang tempoh itu lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baru yang dijangka dapat menambah jumlah kutipan Tabung Prihatin SACC.

"SACC dengan usahasama klien dan rakan perniagaan seperti Les' Copaque Production Sdn Bhd, Power Root Berhad dan Power Impian International Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Power Root," katanya pada sidang akhbar di SACC di sini, Sabtu.

Sempena kempen tersebut, para pengunjung khasnya kanak-kanak dapat menyaksikan kemunculan maskot Upin dan Ipin yang mempromosikan produk cenderahati dan Karnival Kembali Ke Sekolah, Disember ini. Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada Tabung Prihatin SACC.

Di samping itu, Kumpulan Power Root turut mengadakan jualan amal selain SACC sendiri yang menawarkan rendang daging dan ayam istimewanya kepada orang ramai pada RM10 hingga RM20 sebungkus.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Power Root Berhad, See Thuan Po berkata, pihaknya yang juga penganjur Konvensyen Anekarama Power Impian pada Sabtu berbesar hati menaja 200 tiket pertama (bernilai RM30 setiap satu) yang disalurkan sepenuhnya ke Tabung Prihatin SACC.

Para pengunjung berpeluang menghayati persembahan hiburan daripada penghibur Malaysia dan Indonesia seperti Maha Dewi, Farah, Ahmad Dhani, Dafi, Suki dan penampilan istimewa oleh duta Power Root, Rosyam Noor.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti di SACC dan kempen kutipan Tabung Prihatin SACC, layari laman web www.saccconventioncentre.com atau Facebook.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan