Rumah Komuniti AADK Beri Harapan Baru Kepada Penagih Untuk Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Penagih dadah di kawasan Lembah Klang yang bertekad kembali ke pangkal jalan, kini mempunyai harapan baru untuk berbuat demikian dengan mendapatkan bantuan daripada Rumah Komuniti Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan (AADKWPKL).

Pengerusi rumah komuniti itu, Marhisham Hashim berkata menerusi program pemulihan yang telah disusun dengan kerjasama anggota masyarakat setempat, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan AADK, penagih yang berdaftar dengan rumah tersebut akan dibantu sehingga pulih sepenuhnya.

"Selain itu, kita juga akan mencarikan pekerjaan yang sesuai bagi menyemai rasa tanggungjawab dalam diri dan mengelakkan mereka terjerumus dalam kancah jenayah," katanya kepada pemberita selepas perasmian rumah itu serta sambutan ulang tahun ke-35 Perumahan Awam Flat Seri Pahang di sini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Sabtu.

Beliau berkata sebuah asrama yang mampu menempatkan 10 peserta turut disediakan dan setakat ini, rumah itu menerima 20 penagih dadah dari sekitar Lembah Pantai.

"Ia juga merupakan rumah komuniti AADK pertama di negara ini yang menjalankan program pemulihan penagih dadah bersama angggota masyarakat," katanya.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata kerjasama erat di kalangan anggota masyarakat di kawasan itu, khususnya dalam membantu memulihkan penagih dadah, harus dipuji.

Beliau berkata inisiatif yang dimulakan masyarakat di kawasan itu, selain memperlihatkan sikap prihatin mereka, turut melengkapkan usaha kerajaan dalam memulih serta mengurangkan kadar jenayah di kalangan penagih dadah.

"Kita melihat Rumah Komuniti AADK di Lembah Pantai ini merupakan satu permulaan kepada usaha mengembalikan penagih dadah kembali ke pangkal jalan, dan berharap ia akan diperluaskan dengan sekurang-kurangnya sebuah di setiap kawasan Parlimen," katanya.

Raja Nong Chik berkata terdapat lapan lagi rumah komuniti AADK di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan