Pengguna Dinasihati Elak Jalan Terlibat Dengan Upacara Pengebumian Lim Chong Eu

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengguna jalan raya dinasihati agar mengelak daripada menggunakan jalan yang terlibat dengan upacara pengebumian Tun Dr Lim Chong Eu, bermula dari Dewan Seri Pinang ke Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung di sini, Ahad.

Pegawai Turus Trafik negeri DSP Abdul Rahim Md Din berkata semua jalan yang terlibat bagi upacara tersebut akan ditutup secara berperingkat, bermula 12 tengah hari.

"Jalan-Jalan yang terlibat adalah Lebuh Light, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Kampung Kolam, Lebuh Carnarvon serta Jalan Magazine, Jalan Datuk Keramat, Jalan Ayer Itam, Jalan Scotland dan Jalan Batu Gantung.

"Kira-kira 150 anggota dan pegawai polis akan bertugas pada waktu tersebut bagi memastikan trafik berjalan lancar, sekali gus berharap orang ramai dapat bersabar sepanjang proses itu," katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Beliau berkata anggota keluarga mendiang, orang kenamaan dan orang awam dijangka berjalan mengekori keranda yang membawa mayat mendiang dari Dewan Seri Pinang hingga ke persimpangan Lebuh Carnarvon, sebelum menaiki kenderaan ke Batu Gantung.

Dr Lim, 91, meninggal dunia Rabu lepas setelah hampir sebulan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat diserang angin ahmar.

Mendiang meninggalkan isteri, Toh Puan Goh Sing Yeng, dua anak lelaki iaitu Lim Chien Aun, Lim Chien Cheng serta dua anak perempuan Lim Pao Lin dan Lim Pao Yen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan